fbpx

YouTuber beri monyet minuman tenaga, makan sos cili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video YouTube menunjukkan tangan lelaki berkenaan menuang minuman tenaga sebelum memberinya kepada dua ekor monyet. - YOUTUBE

JAKARTA – Seorang YouTuber warga Indonesia dikecam netizen kerana memberi monyet peliharaannya minum minuman tenaga dan sos cili baru-baru ini, lapor laman berita Coconuts.com.

Rakaman video yang dimuat naik YouTuber berkenaan menerima kritikan selepas seorang ahli kumpulan rock Seringai, Arian Arifin menciap status mengenai tindakan kejam lelaki itu di Twitter.

“Saluran YouTube ini melakukan penyiksaan terhadap haiwan. Saya meminta anda semua melaporkannya,” tulis Arian sambil berkongsi cara membuat aduan kepada pengendali laman video YouTube.

Rakaman video berkenaan memaparkan lelaki itu memberikan dua ekor monyet yang diletakkan di dalam sebuah sangkar minuman tenaga selain memaksa haiwan berkenaan menelan sos cili.

YouTuber berkenaan didapati turut memuat naik beberapa klip video mengenai monyet sejak Jun tahun lalu.

Dalam rakaman  video lain, lelaki tersebut turut mengikat tangan   monyet sebagai latihan kepada haiwan itu untuk makan hanya menggunakan mulut.

Satu lagi rakaman video menunjukkan dia mewarnakan seekor spesies monyet terancam dikenali penduduk tempatan sebagai surili atau simpai.

Perbuatan menyiksa haiwan tidak dianggap kesalahan berat di Indonesia.

Berdasarkan undang-undang negara itu, individu yang menyiksa haiwan hingga mati hanya dikenakan hukuman penjara maksimum sembilan bulan atau denda 300 rupiah (90 sen). Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI