fbpx

Lelaki maut motosikal rempuh tiang TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian kemalangan yang mengakibatkan mangsa maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh tiang Telekom Malaysia di Kampung Sabak dekat Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh sebatang tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Pantai Sabak dekat Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa, Mohd.Arif Ismail, 33, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata, berdasarkan siasatan, mangsa yang bekerja sendiri dipercayai menunggang motosikal jenis Honda EX5 sedang dalam perjalanan dari arah Simpang Empat ke Pantai Dasar dekat Sabak.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebatang tiang TM.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Jalan Panji di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI