fbpx

Dua ditahan bunuh rakan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Dimun ditemui terlentang di atas tanah berlumpur di Batu 16, Jalan Sibu-Bintulu semalam.

SIBU – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan sahabat baik mereka di sebuah kebun durian di Batu 16, Jalan Sibu-Bintulu di sini semalam.

Mayat Dimun Langie, 49, ditemui kira-kira 500 meter dari jalan kampung berhampiran kediamannya di Rumah Panjang Anthony pada pukul 6.45 petang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 33 dan 37 tahun tersebut ditahan selepas polis menerima maklumat mengatakan mereka orang terakhir yang dilihat bersama mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku pergi mengutip buah durian bersama mangsa antara pukul 9 hingga 10 malam Jumaat lalu.

“Selepas mengutip durian seguni, kedua-dua suspek memberitahu mereka telah meninggalkan mangsa bersendirian di dalam hutan itu kerana mengatakan Dimun hendak mencari buah cempedak.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya.

Mengulas lanjut, Stanley berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan terlentang di atas tanah berlumpur. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI