fbpx

477 premis perniagaan diberi amaran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (dua dari kanan) melihat harga ayam ketika mengadakan lawatan kerja dan pemeriksaan perniagaan di sekitar kawasan kompleks beli-belah Kipp Mall Kota Warisan dan Giant Distribution Centre, di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam. Pix IHSAN KPDNHEP

SEPANG – Sebanyak 477 premis diberi amaran supaya membuat penambahbaikan segera terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan kerajaan.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 321,850 premis perniagaan yang diperiksa sejak tempoh PKP menerusi pemeriksaan khas pematuhan SOP oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri dan daerah setakat 16 Januari lalu.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak 7,355 premis pula diberikan nasihat untuk menambah baik dan mengekalkan pematuhan secara konsisten semasa beroperasi.

“Sementara itu, sebanyak 314,018 premis perniagaan didapati patuh SOP PKP.

“Kementerian menggariskan gerak kerja untuk melaksanakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 324] dengan menetapkan kompaun sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap SOP PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan lawatan kerja Alexander bagi memantau pematuhan SOP PKP dalam kalangan pihak industri di sekitar kawasan kompleks beli-belah Kipp Mall Kota Warisan dan Giant Distribution Centre, di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Penguat Kuasa, Azman Adam.

Alexander memberitahu, pemeriksaan itu memfokuskan kepada aktiviti sektor perdagangan pengedaran yang dibenarkan beroperasi selain meninjau keberadaan bekalan barangan keperluan harian pengguna.

“Hasil pemeriksaan berkenaan mendapati kedua-dua premis yang dilawati mematuhi SOP PKP yang ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI