fbpx
Bot-bot kecil sarat dengan barangan dagangan belayar melepasi kapal kontena di perairan Selat Hormuz, luar pantai Khasab di Oman pada 25 Jun 2025. - AFP

Trump ancam langgar gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran untuk memusnahkan mana-mana bot Iran yang menghampiri sekatan tentera laut yang diarahkannya di sekitar pelabuhan negara itu.

Ancaman itu dibuat meskipun terdapat seruan antarabangsa agar gencatan senjata dihormati dan rundingan disambung semula.

Tentera AS berkata, sekatan itu yang sepatutnya bermula pukul 10 malam semalam (waktu Malaysia) terpakai kepada semua kapal yang berlepas atau ingin berlabuh di pelabuhan Iran.

Namun, apabila tarikh akhir berlalu, tiada pengumuman bahawa langkah itu telah berkuat kuasa, mahupun tanda-tanda sebarang pintasan.

Dalam catatan media sosial, Trump berkata, sebahagian besar tentera laut Iran telah pun musnah semasa perang, tetapi jika mana-mana daripada apa yang disifatkannya sebagai ‘kapal serangan pantas’ Tehran menghampiri sekatan itu, ia akan dihapuskan serta-merta.

Trump mengumumkan sekatan itu Ahad lalu selepas delegasi yang diketuai oleh Naib Presiden, JD Vance kembali dari pertemuan dengan pegawai Iran di Pakistan tanpa memperoleh perjanjian untuk menamatkan perang tersebut.

Rabu lalu, AS dan Iran bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu untuk membolehkan rundingan diteruskan, manakala pengantara Pakistan dan Qatar masih menyeru  agar ia dihormati ketika usaha diplomatik diteruskan.

“Gencatan senjata masih berterusan, dan ketika saya bercakap, usaha penuh sedang dijalankan untuk menyelesaikan isu-isu yang tertangguh,” kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

Ketua Pertubuhan Maritim Antarabangsa, Setiausaha Agung Arsenio Dominguez berkata, tiada negara yang boleh melarang hak laluan tanpa kesalahan atau kebebasan navigasi melalui selat antarabangsa yang digunakan untuk transit antarabangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN