fbpx

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salleh.

KUALA TERENGGANU – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 3.20 pagi.

Sebelum ini Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad disahkan positif Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed dalam kenyataannya sebelum ini mengesahkan Mohamed Salleh dirawat di ICU HSNZ setelah disahkan dijangkiti Covid-19.

“Pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun (Mohamed Salleh),” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Mohamed Salleh yang berasal dari Kampung Raja, Besut merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih daripada Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI