fbpx

Tidak memakai pelitup muka paling ramai ditahan -Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam paling ramai ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, seramai 182 individu ditahan atas kesalahan itu diikuti gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan 85 kes.

“Antara kesalahan lain yang dikesan semalam adalah premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (66), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (65), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (32) dan lain-lain (42).

“Secara keseluruhan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 472 individu atas kesalahan ingkar
SOP. Daripada jumlah itu, seramai 457 telah dikompaun manakala 15 direman,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kawalan operasi sempadan, seramai 65 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan empat buah kenderaan darat dirampas dalam Ops Benteng semalam.

“Sebanyak 444 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan beberapa agensi penguatkuasan.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI