fbpx

Polis berkas dua peragut rantai warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barang yang dirampas polis daripada suspek.

PETALING JAYA – Dua lelaki masing-masing berusia 31 dan 34 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes ragut membabitkan seorang wanita warga emas pada 22 Disember tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, suspek dipercayai meragut rantai leher wanita berusia 69 tahun tersebut semasa mangsa berada di tepi Jalan Klang Lama berhadapan Pearl Point.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek terlebih dahulu berpura-pura menegur mangsa kononnya duit mangsa tercicir sebelum melakukan jenayah itu.

“Anak mangsa kemudian menoleh ke belakang dan cuba mencari duit yang dimaksudkan. Tiba-tiba suspek meragut rantai leher mangsa dan terus melarikan diri dengan motosikal. Kerugian dianggarkan kira-kira RM500.

“Pada 15 Januari 2021, kira-kira pukul 2.30 pagi, Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields telah menangkap dua lelaki Melayu di Taman Seri Manja, Petaling Jaya,” katanya.

Anuar berkata, kedua-dua suspek berusia 31 dan 34 tahun itu mengaku terlibat dalam kes tersebut dan ditahan reman selama lima hari sehingga 19Januari ini.

Menurut beliau, suspek berumur 31 tahun mempunyai 25 rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi suspek mempunyai 21 rekod jenayah lampau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI