fbpx
BIELSA mahu pemainnya mengambil kesempatan bertemu Brighton untuk melupakan kekecewaan dalam saingan Piala FA sebelum ini. – AFP

Leeds sedia pamer kebangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS – Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa menggesa pemain-pemainnya bangkit menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton di Stadium Elland Road malam ini.

Minggu lalu, pasukan itu dimalukan kelab Divisyen Dua England, Crawley Town apabila tewas 0-3 pada pusingan ketiga Piala FA sekali gus tersingkir da­ripada pertandingan tersebut.

Justeru, Bielsa sedia melupakan kekalahan itu selain menjadikan Bayern Munich dan Atletico Madrid sebagai pengajaran selepas kedua-dua pasukan tersebut turut tersingkir daripada pertandingan di liga masing-masing.

“Kami cuba untuk menilai apa yang perlu dilakukan bagi memastikan perkara itu tidak berulang. Bayern dan Atletico juga mengalami nasib seperti kami sebelum ini.

“Saya sentiasa melihat apa yang dilakukan pasukan-pasu­kan seperti itu untuk bangkit daripada kekalahan memalukan. Saya cuba terapkan semangat tersebut ke dalam pasukan,” kata Bielsa.

Pada masa sama, pengendali dari Argentina itu akur dengan mana-mana gelaran yang diteri­ma selepas tewas mengejut kepada Crawley memandangkan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Perkataan seperti memalukan, mimpi ngeri dan mengarut dilemparkan kepada kami selepas tewas kepada Crawley. Bagaimanapun, kami terima kecaman itu kerana ia tidak pernah mematahkan semangat kami dan akan bangkit pada perlawanan akan datang,” ujarnya. – AGENSI