fbpx
Gambar hiasan.

Agong zahir ucapan takziah buat keluarga Mohamed Salleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas yang meninggal dunia pagi tadi.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada masyarakat dan negara serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 3.20 pagi.

Sebelum ini Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN