fbpx

Sembilan orang ejen jualan ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari Nusi (kanan) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas PGA Batalion 7 di Tanah Merah pagi tadi.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya mematahkan kegiatan sindiket pengedaran daun ketum selepas menahan sembilan lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Batu 9, Batang Merbau dekat Tanah Merah pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 9.30 pagi itu, PGA turut merampas 1.464 tan daun ketum, 7.5 liter air ketum, 10 liter ubat batuk dan wang tunai sebanyak RM4,498 dipercayai hasil penjualan bahan tersebut.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, siasatan awal mendapati, kesemua suspek itu dipercayai ejen jualan ketum yang aktif di kawasan berkenaan sejak setahun lalu.

Menurutnya, kejayaan itu merupakan rampasan ketum terbesar dilakukan oleh PGA pada bulan ini dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM49,993.

“Semasa serbuan dijalankan, semua suspek berusia antara 28 hingga 41 tahun itu berada di dalam rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, dua daripada sembilan suspek itu cuba meloloskan diri, namun berjaya diberkas oleh anggota PGA yang bertindak pantas menghalang tindakan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal Lubok Stol di sini hari ini.

Azhari berkata, selepas menjalankan soal siasat terhadap mereka, suspek telah menunjukkan bungkusan daun ketum yang disembunyikan di kawasan semak berhampiran rumah berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati, semua bekalan daun ketum itu diperoleh daripada seorang lelaki dan kemudian dihantar ke rumah milik salah seorang suspek dan dijual di pasaran di negeri ini dan Besut, Terengganu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI