fbpx

Dua geng curi motosikal diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEH ENG LAI

KUALA LUMPUR – Dua kumpulan curi motosikal yang aktif melakukan kegiatan tersebut di daerah sentul berjaya diberkas oleh pasukan polis dalam serbuan berasingan bermula 25 Disember sehingga 5 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kumpulan pertama berjaya telah berjaya ditahan susulan tangkapan ke atas dua lelaki tempatan pada 25 Disember lalu ketika mereka cuba mencuri motosikal di tempat letak kenderaan di sebuah kondominium di Sentul.

“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan empat lagi rakan mereka dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang termasuk ketua geng dikenali sebagai Am Senu.

“Semakan ke atas enam suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu mendapati kesemua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,”jelasnya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini hari ini.

Tambahnya, modus operandi kumpulan ini adalah mensasarkan motosikal yang diletakkan di dalam kawasan perumahan awam seperti pangsapuri dan kondominium.

“Mereka akan leraikan motosikal curi sebelum menjual komponen motosikal sebagai alat ganti kepada pembeli,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI