fbpx

Bisnes kitar sarung tangan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar operasi serbuan di sebuah gudang yang disyaki memproses semula sarung tangan perubatan terpakai di Thailand. – The Nation

BANGKOK – Seorang pemilik gudang ditahan polis kerana dipercayai menjalankan aktiviti pembungkusan semula dan menjual sarung tangan perubatan ter­pakai di Thailand, demikian menurut laporan portal berita The Thailand Nation kelmarin.

Polis Thailand menyerbu sebuah gudang di wilayah Pathum Thani, utara Bangkok yang di­syaki menyimpan dan menjalankan aktiviti pembungkusan se­mula sarung tangan terpakai.

Semasa serbuan, pihak berkuasa merampas sebanyak 654 beg besar berisi sarung ta­ngan getah terpakai, lebih 30,000 kotak kosong dan peralatan pembungkusan semula, kata Timbalan

Setiausaha Tetap Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), Suphatra Boonserm.

“Sarung tangan ini dianggarkan bernilai lebih 100 juta baht (RM13.5 juta) di pasaran,” kata­nya.

Suphatra mendakwa operasi haram kembali aktif kerana ada permintaan tinggi disebabkan gelombang baharu jangkitan Covid-19 di Thailand.

Polis Bahagian Perlindungan Pengguna bersama FDA melakukan serbuan dan menahan pemilik gudang berkenaan hasil maklumat orang ramai.

Pemiliknya dituduh melanggar Akta Peralatan Perubatan kerana menghasilkan peralatan perubatan tanpa lesen serta pembuatan dan penjualan pe­ralatan perubatan yang tidak selamat.

Dia boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga 300,000 baht (RM40,400). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI