fbpx

Banjir di Johor semakin pulih, hanya 784 mangsa terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAUNG skuad sukarelawan Prihatin Johor yang juga ADUN Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (kanan) membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir di Kampung Teminggol, Kahang, Kluang.

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di negeri ini terus berkurang apabila hanya seramai 784 mangsa daripada 245 keluarga masih ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh negeri ini setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu menurun berbanding seramai 892 mangsa yang direkod pada pukul 4 petang, semalam.

Jelasnya, setakat pagi ini, lima daerah masih terjejas iaitu Kota Tinggi, Johor Bahru, Segamat, Kluang dan Batu Pahat.

“Setakat pukul 8 pagi hari ini, Kota Tinggi masih merupakan daerah paling ramai mangsa iaitu seramai 525 mangsa.

“Ini diikuti Johor Bahru dengan seramai 116 mangsa, Segamat (76 mangsa), Kluang (50 mangsa) dan Batu Pahat (17 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, hanya terdapat satu laluan yang masih ditutup buat semua kenderaan iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang di Taman Seri Impian akibat kejadian tanah runtuh.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI