fbpx

Bangkai kapal ‘timbul’ selepas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI kapal yang timbul selepas banjir.

LIPIS – Banjir besar yang melanda Lipis terus meninggalkan pelbagai persoalan apabila bangkai sebuah kapal ditemukan terdampar di tepi Sungai Lipis berhampiran Kampung Pagar lama di Penjom di sini.

Bangkai kapal yang dikatakan dibina sekitar tahun 1800 an itu hanya ditemukan seminggu selepas banjir surut kerana ditutupi sampah tebal.

Bagaimanapun kapal yang dilihat pelbagai pihak sebagai artifak berharga itu telah dikerat dan dileraikan oleh sekumpulan lelaki.

Penghulu Penjom, Azhar Ismail berkata, penemuan kapal itu di kawasan tebing sungai kampung lama yang telah ditinggalkan kerana sering berlaku banjir itu amat mengejutkan penduduk setempat dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau memberitahu terdapat satu tembaga yang tertulis Vivian & Son dan kapal berkenaan dipaku dengan paku tembaga. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI