fbpx

Kes Covid-19 negara melepasi 150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
3,211 kes dicatatkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kes harian negara masih melaporkan angka melebihi 3,000 dengan 3,211 kes direkodkan, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 151,066 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 35,253 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 3,206 kes adalah penularan tempatan manakala, sebanyak lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat 1,939 kes sembuh hari ini dan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 115,227 kes.

“Lapan lagi kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 586 kes,” katanya menerusi maklumat situasi Covid-19 dimuat naik pada laman sosial rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 204 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI