fbpx

18 kluster rentas negeri dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 18 kluster yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri dikesan sejak 7 Disember lalu sehingga semalam.

Menerusi ciapan twitter Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah tersebut, tujuh kluster dilaporkan di negeri Kelantan.

“Selain itu, Pahang, Sarawak dan Perak masing-masing mencatatkan tiga kluster manakala Terengganu merekodkan dua kluster,” katanya pada ciapan twitter rasmi KKM di sini hari ini.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan, jumlah keseluruhan kes positif membabitkan 18 kluster itu yang berpunca daripada rentas negeri merekodkan sebanyak 1,378 kes positif.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sering mengingatkan dan menasihati orang ramai supaya terus mematuhi nasihat kesihatan serta prosedur operasi standard (SOP) sebagai normal baharu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI