fbpx

1,000 pekerja asing bersesak, asrama tiada perakuan JTK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguatkuasa JTKSM dan JTK Perak melakukan pemeriksaan asrama pekerja asing di Taman Perindustrian Lumut Port Kampung Acheh dekat Lumut hari ini.

LUMUT – Dua lokasi asrama yang menempatkan hampir 1,000 pekerja warga asing dekat sini didapati tidak memiliki perakuan penginapan daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Malah, dua lokasi tersebut yang masing-masing menempatkan dua blok asrama tiga tingkat dan empat blok asrama empat tingkat juga didapati tidak mematuhi standard ditetapkan bagi asrama pekerja.

Antaranya ialah kesesakan tempat tinggal apabila sebuah bilik yang sepatutnya menempatkan dua orang telah dihuni sehingga empat orang, tiada kemudahan katil dan tilam serta ruang tamu dijadikan kawasan tempat tidur.

Tinjauan juga mendapati ada pekerja yang menempatkan bahan masakan, alat memasak serta memasak dalam bilik tidur mereka.

Perkara itu ditemui dalam operasi khas JTKSM, JTK Perak bersama Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Manjung serta pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di dua lokasi asrama tersebut di Taman Perindustrian Lumut Port dan Kampung Acheh dekat sini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JTKSM, Zaini Yaacob, berkata operasi itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan mengenai perkara berkenaan.

Justeru, siasatan lanjut akan dilakukan terhadap majikan dan penyedia penginapan tersebut mengikut Seksyen 24D(3) dan Seksyen 24D(4) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Menurutnya, jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda maksimum RM50,000 mengikut Seksyen 24D(3) manakala penyedia penginapan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 24D(4) akta sama.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI