fbpx

Ustaz Budak didakwa lapan lagi pertuduhan cabul pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul Zaman didakwa atas lapan pertuduhan mencabul dua pelajar sejak empat tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang pendakwah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Budak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan lagi melakukan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki sejak empat tahun.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh didakwa mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia berusia 15 tahun 11 bulan hingga 16 tahun sembilan bulan ketika kejadian yang mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di asrama madrasah dan sebuah bilik di rumah tanpa nombor di Kampung Awah, Machang kira-kira pukul 11 malam pada November 2017 hingga September 2018.

Bagi pertuduhan ketujuh dan kelapan, Syamsul Zaman dengan maksud seksual telah mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun sembilan bulan yang mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik di rumah sama kira-kira pukul 11 malam pada 29 Oktober tahun lalu.

Semua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Seksyen 14 (b) memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16 adalah tambahan kepada penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan memandangkan wujud hubungan amanah antara tertuduh dan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Sharudddin Mohamed.

Terdahulu, Sharudddin memohon mahkamah membenarkan ikat jamin terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh perlu menanggung enam adik beradik dan ibu yang orang kurang upaya (OKU).

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM40,000 dengan tiga orang penjamin selain tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap awal bulan dan kes disebut semula pada 17 Februari depan.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI