fbpx

PKP: Kedai dobi layan diri dibenarkan beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kedai dobi layan diri dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar rungutan dan permintaan rakyat berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, pemilik kedai dobi layan diri mesti menyediakan pekerja untuk memastikan pelanggan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kerajaan sebelum ini benarkan kedai dobi kecuali kedai dobi layan beroperasi semasa PKP. Alasan adalah kedai dobi layan diri tiada siapa pantau SOP di premis itu.

“Kita amat memahami tentang keperluan orang ramai terutama orang bujang yang tiada siapa untuk basuhkan pakaian dan sukar keringkan pakaian pada musim hujan,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI