fbpx

Pelan vaksinasi Covid-19 dijangka ambil masa 18 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan menjangkakan pelan vaksinasi Covid-19 akan mengambil masa sehingga tempoh 18 bulan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan bagaimanapun cuba melaksanakan pelan vaksinasi itu dalam tempoh setahun dan bersikap realistik dalam hal tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 berkata, penghantaran pertama vaksin pada bulan Februari bukanlah bermakna semua orang akan menerima vaksin pada bulan tersebut juga.

“Sangat penting untuk kita mengurus jangkaan atau ‘manage expectations’.

“Ketika kerajaan mengumumkan vaksin akan diterima bermula Februari, ramai yang beranggapan bahawa kita akan menerima secara sekali gus kesemua vaksi yang telah ditempah.

“Malah, ada beberapa ahli politik juga yang menyatakan Malaysia boleh mengadakan pilihan raya pada bulan Mac kerana beranggapan pada bulan tersebut, semua orang telah menerima vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung Perkembangan Semasa Perolehan Vaksin yang dimuat naik di laman web rasmi www.khairykj.com.

Khairy Jamaluddin berkata, sebenarnya, tidak ada mana-mana negara pun yang akan menerima kesemua vaksin yang ditempah secara serentak.

Sebaliknya, beliau berkata, vaksin ini akan tiba mengikut suku tahunan.

“Untuk vaksin keluaran Pfizer yang telah ditempah Malaysia, satu juta dos akan diterima pada suku pertama, 1.7 juta pada suku kedua, 5.8 juta pada suku ketiga dan 4.3 juta pada suku keempat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI