fbpx

Lebih 350 individu disyaki mafia didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendakwa raya antimafia Itali, Nicola Gratteri (tengah) diawasi satu unit pasukan perlindungan polis tiba di bandar Rom dua hari lebih awal sebelum kes perbicaraan anggota kumpulan mafia ‘Ndrangheta di Lamezia Terme, Calabria. – AFP

ROM – Satu perbicaraan ter­besar dalam tempoh 30 tahun yang membabitkan kumpulan mafia telah bermula di Itali semalam, pada ketika pihak pendakwa raya berharap mampu melumpuhkan sindiket penjenayah ‘Ndrangheta yang dipercayai ada rangkaian di seluruh dunia.

Lebih 350 individu dipercayai anggota mafia dan ahli politik, peguam, ahli perniagaan serta beberapa lagi yang didakwa di dalam satu kamar mahkamah khas di hadapan hakim di Lamezia Terme di selatan Calabria, iaitu wilayah yang dikuasai ‘Ndrangheta.

Pendakwa raya perlu membuktikan penglibatan kumpulan itu dengan siri jenayah sejak tahun 1990-an termasuk kes pembunuhan, pengedaran dadah, peras ugut, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan jawatan dalam kerajaan.

“Perbicaraan ini amat penting untuk mendirikan satu tembok melawan kumpulan mafia di Itali,” kata pendakwa raya antimafia, Nicola Gratteri.

Di Itali, perbicaraan secara beramai-ramai atau dipanggil ‘perbicaraan maksimum’ mengumpulkan sejumlah defendan dan pertuduhan kes dilihat sebagai sumber kehakiman terbaik bagi membanteras kumpulan jenayah terancang di negara itu.

‘Ndrangheta kini dianggap sindiket paling berkuasa, dipercayai menguasai kemasukan kokain ke Eropah.

Gambaran umum menunjukkan suasana kamar mahkamah khas untuk kes membabitkan lebih 350 individu dipercayai anggota ‘Ndrangheta di Lamezia Terme, Calabria semalam. – AFP

Perbicaraan secara beramai-ramai paling terkenal ialah pada tahun 1986 hingga 1987 membabitkan kumpulan mafia Cosa Nostra di Sicily, menyaksikan sebanyak 338 keputusan bersalah.

Bagaimanapun, pendakwa raya Giovanni Falcone dan Paolo Borsellino kemudiannya dibunuh oleh mafia.

Perbicaraan semalam di­jangka mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun atau lebih membabitkan seramai 355 defendan, lebih 900 saksi pendakwaan dan satu jumlah kerjasama pelbagai pihak termasuk keluarga rapat ‘Ndrangheta yang mungkin berpaling tadah.

Pihak berkuasa percaya ada kira-kira 150 keluarga ‘Ndrangheta di Calabria dan sekurang-kurangnya 6,000 ahli kumpulan serta sekutu di wilayah ber­kenaan. Jumlah itu boleh mening­kat kepada lebih beribu-ribu anggota jika mengambil kira rangkaian di serata dunia.

‘Ndrangheta telah meluaskan pengaruh menjangkaui aktiviti penyeludupan dadah dan pemberi pinjam wang kini menggunakan syarikat dan wakil menyamar untuk melaburkan wang perolehan haram ke dalam ekonomi sah.

Kebanyakan tempat di Calabria, kumpulan mafia itu ada pengaruh dalam semua aspek kehidupan orang awam, daripada majlis perbandaran, hospital, rumah mayat hingga ke mahkamah, kata beberapa pakar.

Kumpulan penjenayah teran­cang itu menjana lebih 50 bilion euro (RM247 bilion) setahun, menurut Gratteri yang menyifatkannya sebagai antara kumpulan mafia paling kaya di dunia.

Pendakwa raya menjelaskan bahawa ‘Ndrangheta berperanan sebagai rangkaian keluarga dengan setiap satu keluarga menguasai orang bawahan.

Perbicaraan bermula dengan fokus kepada salah satu keluarga ‘Ndrangheta’ iaitu kumpulan Mancuso dan rangkaian sekutunya yang menguruskan aktiviti di kawasan Vibo Valentia di Calabria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI