fbpx

Datuk ditahan terbabit kes pukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari satu klip video yang tular memaparkan suspek memukul mangsa di restoran berkenaan.

PETALING JAYA – Dua orang lelaki termasuk seorang yang bergelar Datuk ditahan polis selepas terlibat kes pukul dan ugutan jenayah di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku di Restoran TST, Tropicana Avenue, di sini pada Selasa lalu.

“Tangkapan telah dilakukan ke atas seorang lelaki warga tempatan bergelar Datuk yang berusia 42 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun.

“Kejadian berpunca daripada suspek yang telah ditegur oleh seorang lelaki yang merupakan pelanggan yang duduk di meja bersebelahan kerana suspek bercakap dalam nada suara yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadzil berkata, permohonan reman akan dibuat untuk menjalan siasatan lanjut ke atas suspek.

“Siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti latar belakang dan aktiviti mereka serta sama ada terlibat dalam kongsi gelap dan sebagainya,” jelasnya.

Sebelum ini, satu klip video berdurasi 50 saat tular di media sosial, memaparkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI