fbpx

272 terima darjah kebesaran, bintang, pingat Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengetuai senarai 272 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-73 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini.

Kedua-dua mereka dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SNSS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar negeri, Ismail Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir pula menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.

Empat penerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk ialah pakar perunding bedah kardiotorasik dan jantung kongenital, Datuk Dr. Hamdan Leman; Penasihat Undang-undang Kumpulan YTL Corparation Bhd., Kathleen Chew Wai Lin; Pengarah MRA Consultants Sdn. Bhd., Tenku Mu’adzam Sadruddin Tengku Noone Aziz dan pakar kardiologi, Datuk Dr. Tamil Selvan Muthusamy.

Dalam pada itu, seramai 20 individu pula dikurniakan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah bekas Ketua Pengarah Perancangan Strategik Markas Angkatan Tentera Malaysia Ketiga, Brigadier Jeneral (B) Abdul Aziz Ahmad; Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman; Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah, Yek Diew Ching.

Sementara itu, seramai 13 individu menerima Darjah Setia Negeri Sembilan, seorang penerima Darjah Tuanku Muhriz, Darjah Pekerti Terpilih (11), Ahli Setia Negeri Sembilan (36), Setiawan Tuanku Muhriz (tiga), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (55), Pingat Jasa Kebaktian (107), Bentara Tuanku Muhriz (12) dan enam penerima Pingat Khidmat Lama.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik dalam sidang akhbar di Wisma Negeri dekat sini semalam berkata, seperti yang sudah dimaklumkan, istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-73 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini adalah dibatalkan.

“Tidak akan ada majlis istiadat dan acara rasmi dijalankan dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada semua penerima. Bagaimana penyerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat ini akan dimaklumkan kelak. Bagaimanapun, gelaran-gelaran ini dan pingat-pingat lain boleh digunakan pada nama masing-masing mulai esok walaupun istiadat majlis tidak diadakan,” katanya.

Kelmarin, menerusi satu kenyataan akhbar, Razali memberitahu, keputusan membatalkan istiadat berkenaan bagi menjunjung titah Tuanku Muhriz, sehubungan itu semua atur cara yang dirancang sepanjang istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan juga adalah terbatal.

Pembatalan itu juga adalah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI