fbpx

Stok bekalan makanan, barang basah cukup di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan keperluan asas yang dikatakan habis dibeli pelanggan di sebuah pasar raya besar di daerah Timur Laut, Pulau Pinang di sini semalam kurang empat jam PKP 2.0 dilaksanakan bermula hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri memberi jaminan stok bekalan makanan termasuk barangan basah di Pulau Pinang adalah mencukupi untuk keperluan pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, pemeriksaan dan pemantauan berhubung stok bekalan makanan itu sentiasa dijalankan pegawai Penguat Kuasanya di seluruh daerah negeri ini.

Menurut beliau, tindakan akan dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatuan 2011 sekiranya terdapat peniaga atau pembekal mengambil kesempatan sepanjang perlaksanaan PKP bermula hari ini hingga 26 Januari ini.

“Setakat ini, kita belum menerima sebarang aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan harga barangan pada hari pertama PKP dilaksanakan hari ini.

“Kita tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap para peniaga dan pembekal yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga barangan sepanjang tempoh ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Ridzuan memberitahu, telah berlaku peningkatan pembelian di seluruh pasar raya di negeri ini berikutan bagi menghadapi tempoh perlaksanaan PKP.

“Tetapi, dari segi bekalan barangan itu telahpun ditambah semula oleh pihak pasar raya terbabit. Tiada isu melibatkan keputusan bekalan makanan di negeri ini,” jelasnya.

Semalam, hampir sebilangan besar rak-rak yang menempatkan pelbagai jenis barangan keperluan asas seperti minyak masak bersaiz kecil, telur, sardin, susu formula bayi, sayur-sayuran termasuk bawang habis dan berkurangan kurang tempoh empat jam PKP 2.0 dilaksanakan.

Seorang pelanggan, Johan Abu Bakar, 37 berkata, dia tergamam sebaik mendapati hampir kesemua barangan keperluan harian habis serta berkurangan di sebuah pasar raya besar di daerah Timur Laut.

“Suasana di pasar raya ketika pukul 8 malam tadi kelihatan lengang namun rak-rak yang menempatkan beberapa jenis barangan keperluan asas didapati kosong dan dikatakan habis dibeli,” jelasnya di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI