fbpx

PKP 2.0 : Nikah sidang video di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis akad nikah di seluruh negeri ini akan dilakukan secara sidang video sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 26 Januari depan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, bagaimanapun ia hanya akan dilaksanakan kepada pasangan telah mendapat kebenaran berkahwin dan temujanji tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Masjid Pengurusan.

“Pelaksanaan itu akan dilakukan oleh pendaftar yang akan berada di PAID manakala pengantin, wali dan dua saksi berada di rumah.

“Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akan menetapkan pelaksanaan majlis akan nikah berdasarkan temujanji yang sudah diatur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohd. Shahzihan, perkhidmatan utama JAIS terutama melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk diberikan secara atas talian.

“Sebanyak 10 kaunter talian telefon iaitu 03-55143600 atau 03-55143400 dibuka di One Stop Centre di aras bawah, Bangunan Sultan Idris Shah untuk konsultasi perkhidmatan dan urusan temujanji setiap Isnin hingga Jumaat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan solat Jumaat di semua masjid dan Surau kebenaran Jumaat di Selangor ditangguhkan dengan umat perlu menunaikan solat Zuhur di kediaman masing-masing sebagai ganti.

“Bagaimanapun, lima petugas masjid dan Surau Kebenaran Jumaat yang dijadualkan bertugas boleh mendirikan solat Jumaat.

“Had jemaah sama turut ditetapkan bagi solat fardhu lima waktu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI