fbpx

Ozil akui Smith Rowe miliki bakat hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMITH ROWE menunjukkan kematangannya pada usia muda sekali gus menjadi antara pemain pilihan Arteta dalam skuad Arsenal.– AFP

LONDON – Pemain kontroversi Arsenal, Mesut Ozil memuji impak yang dipamerkan oleh perancang muda, Emile Smith Rowe dalam membantu The Gunners kembali berada dalam landasan kemenangan sejak beberapa minggu lepas.

Sebagai rekod, Ozil tidak dapat membantu skuad kendalian Mikel Arteta disebabkan keputusan pihak pengurusan tertinggi untuk mengetepikannya dalam pasukan utama.

Kata Ozil, pemain berusia 20 tahun itu memiliki bakat yang cukup hebat dalam mengisi kekosongan sebagai tonggak di posisi No. 10 selepas berjaya mencipta banyak peluang buat pasukan Arsenal.

“Smith Rowe adalah bakat yang cukup hebat dan saya sangat gembira apabila dia dapat menggilap potensi bersama pasukan ketika ini. Malah, kehadirannya membuktikan bahawa posisi No. 10 masih lagi relevan dalam bola sepak mo­den sekarang,” kata Ozil.

Dalam perkembangan sama, Ozil yang tidak membuat sebarang kemunculan kompetitif bersama Arsenal sejak Mac lepas mengakui bersedia untuk berhijrah dengan hanya dua pilihan utama sama ada bersama kelab Turki, Fenerbahce atau berkelana ke Liga Amerika Syarikat (MLS).

“Hanya dua pilihan yang bermain di fikiran saya iaitu Fenerbahce ataupun di MLS.

“Kedua-dua pilihan ini adalah impian saya sebelum bersara. Buat masa ini, saya lebih ke arah Fenerbahce kerana sebagai individu yang memiliki darah Turki, saya telah menyokong pasukan itu sejak dari kecil,” katanya pemain berusia 33 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI