fbpx

Hotel Andaman & Luxury Resort terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian bangunan Hotel Andaman & Luxury Resort musnah dalam kebakaran pada petang semalam.

LANGKAWI – Sebahagian bangunan hotel lima bintang, Hotel Andaman & Luxury Resort di Jalan Datai di sini musnah dalam kebakaran pada petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.04 petang semalam dan 1.13 pagi ini.

Katanya, operasi pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi dan BBP Persiaran Putra.

“Sebaik tiba di lokasi pada awal pagi tadi, api sedang marak disebabkan faktor cuaca angin kencang melibatkan bangunan bersebelahan blok utama kelas B.

“Keluasan bangunan kira-kira 300 kaki x 900 kaki (91 meter x 274 meter) terbakar hampir keseluruhan struktur tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, operasi masih dilakukan dan bomba berdepan masalah bekalan air dan akses untuk melakukan pemadaman di bahagian kebakaran berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI