fbpx

Hanya 12 jemaah dibenarkan solat Jumaat, fardu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya 12 jemaah dibenarkan melaksanakan solat fardu lima waktu di masjid dan lima jemaah bagi surau di Kelantan. Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah hanya 12 orang jemaah sahaja dibenarkan untuk melaksanakan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Januari.

Titah Sultan Ibrahim, 12 orang jemaah itu terdiri daripada pegawai serta ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau terbabit.

Baginda bertitah, perkara itu diputuskan selepas menimbang dengan penuh teliti berdasarkan salah satu prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa bagi tujuan mematuhi PKP.

“Aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang dibenarkan ialah solat jenazah dengan had maksima 12 orang sahaja, tazkir dan tarhim oleh pegawai masjid dan surau sahaja serta solat hajat mengiringi solat fardu lima waktu dan solat fardu Jumaat.

“Bagi bacaan surah al-Mulk selepas solat fardu Isyak, bacaan surah al-Kahfi selepas solat fardu subuh Jumaat dan bacaan surah Yaasin dan tahlil hendaklah dilaksanakan di rumah kediaman masing-masing,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Titah Sultan Johor lagi, lain-lain aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang memiliki jumlah masa yang panjang seperti kuliah, ceramah, program membudayakan al-Quran dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

Titahnya, bagi aktiviti di tanah perkuburan, urusan pengebumian jenazah dihadkan jumlah petugas dan waris kepada 20 orang sahaja manakala aktiviti ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI