fbpx

PKP bermula esok, AJL35 pada 7 Februari ini ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJL35 yang sepatutunya berlangsung 7 Februari ditangguh disebabkan pelaksanaan PKP bermula esok.

PETALING JAYA – Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari nanti terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Keputusan tersebut dibuat susulan pengumumam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di enam buah negeri di Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, keputusan tersebut terpaksa diambil selepas mengambil kira tempoh persediaan AJL35 yang mungkin akan terjejas sepanjang tempoh 14 hari PKP dilaksanakan bermula esok (Rabu).

“Ketika sidang media AJL35 pada Ahad lalu, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35 sememangnya berharap supaya PKP tidak dilaksanakan dan AJL35 boleh berjalan seperti yang dijadualkan. Namun Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP bermula Rabu ini (esok) sehingga 26 Januari depan.

“Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35 terutama membabitkan kerja membina pentas dan beberapa set lain,” kata Khairul Anwar.

Katanya lagi, kerja-kerja penyediaan set pentas persembahan memerlukan tenaga kerja yang ramai dan demi untuk kebaikan semua pihak mereka terpaksa menunda program ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Pada masa sama, Khairul Anwar mewakili seluruh tenaga kru penerbitan AJL35 tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan berharap supaya semua pihak mematuhi PKP yang dilaksanakan demi kesihatan dan keselamatan diri masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI