fbpx

Penganggur didenda simpan 67 butir peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Ali ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini.

ALOR GAJAH – Padah memiliki 67 butir peluru, seorang penganggur terpaksa membayar denda sebanyak RM2,500 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, hari ini.

Majistret, Nurhasmanita Abdul Manap menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Ali Dollah, 39, yang membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki 57 butir peluru jenis Caliber .38spl berwarna perak,  lapan butir peluru Caliber .38spl berwarna perang, dan dua butir peluru hidup jenis Caliber .5.56mm.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 8.30 pagi di Kampung Gadek, pada 31 Disember tahun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen Seksyen 8 (a)Akta Senjata 1960.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SR. Arthana memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan peluru berkenaan adalah pemberian kenalan yang merupakan bekas pesara tentera dan tidak tahu tindakan menyimpannya menjadi satu kesalahan.

Selepas mendengar hujah kedua pihak mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 atau tiga bulan penjara, jika gagal bayar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI