fbpx

Hati Messi kembali terpaut buat Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meledak dua gol ketika Barcelona menewaskan Granada 4-0 pada aksi La Liga awal pagi semalam. – AFP

GRANADA, Sepanyol – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman berharap Lionel Messi akan terus komited bersama pasukan itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung masa depannya selepas ini.

Messi, 33, dilihat seakan-akan kembali menemui kegembiraan bersama The Catalan selepas berjaya meledak dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Granada pada aksi La Liga di Estadio Nuevo Los Carmenes awal pagi semalam.

“Barcelona perlukan Messi untuk mencapai banyak perkara hebat dan bersaing merebut kejuaraan. Kami mampu bersaing dalam semua pertandingan jika semua pemain berada dalam keadaan baik.

“Kemenangan ini juga meningkatkan keyakinan pasukan. Malah, kami juga boleh merehatkan pemain-pemain utama seperti Messi dan (Frenkie) De Jong kalau situasi perlawanan seperti hari ini,” kata Koeman.

Messi yang sudah memenangi enam anugerah Ballon d’Or, mendedahkan, keinginannya untuk meninggalkan Barcelona secara percuma pada jendela perpindahan sebelum ini, namun mengubah keputusan dan terus kekal bersama gergasi Sepanyol tersebut.

Bagaimanapun, kapten Argentina itu dikatakan boleh berun­ding dengan mana-mana pasukan pilihannya di luar Sepanyol memandangkan kontraknya akan tamat pada Jun depan.

Apa yang pasti, Barcelona pastinya akan memberikan segala-galanya bagi memastikan Messi menandatangani kontrak baharu bersama pasukan itu.

Sebagai rekod, selain Messi, dua lagi gol Barcelona awal pagi semalam dijaringkan Antoine Griezmann sekali gus melonjak ke tangga ketiga La Liga dengan 34 mata, cuma ketinggalan empat mata lagi di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI