fbpx

ADUN Galas, isteri positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahbuddin (kiri) dan isterinya, Nor Azila disahkan positif Covid-19 hari ini.

GUA MUSANG – Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Gua Musang disahkan positif wabak Covid-19 hari ini.

ADUN Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim menjadi wakil rakyat kedua di daerah ini yang disahkan positif wabak berkenaan menerusi keputusan ujian saringan yang diterimanya hari ini.

Sebelum ini, ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff disahkan positif bersama Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Mohd. Syahbuddin yang mesra dengan panggilan Abe Din berkata, sejurus mengetahui Ab. Aziz positif Covid-19, beliau telah menjalani ujian saringan kelmarin.

Beliau yang membuat satu kenyataan di Facebooknya berkata, isterinya, Nor Azila Sidi Ahmad,40, yang juga seorang guru Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 di sini turut disahkan positif Covid-19.

“Dengan penuh dukacita dan hiba.
Hari ini Abe Din dan isteri disahkan positif Covid-19.

“Kepada semua yang ada berhubung rapat dengan kami, Abe Din pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan tuan dan puan yang terpaksa kena ujian swab serta mungkin terkena jangkitan,” katanya.

Mohd. Syahbuddin juga berharap rakyat di Gua Musang berhati-hati kerana daerah ini telah diisytihar sebagai Zon Merah.

Sementara itu, ADUN Paloh, Amran Arifin masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan ujian saringan Covid-19 yang dibuat.

Sebelum ini, Ab. Aziz dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya memohon maaf kepada rakyat, keluarga dan sahabatnya.

Katanya, dia juga tidak pasti lokasi dijangkiti Covid-19 dan menasihatkan agar kontak rapatnya segera menjalani ujian saringan Covid-19.

Susulan daripada itu, penduduk Gua Musang yang merupakan kontak rapat Ab. Aziz dan Mohd. Azmawi Fikri hadir secara sukarela menjalani ujian saringan Covid-19 di Dewan Pusat Sivik di sini semalam. -K!  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI