fbpx

Terengganu buka pusat pesakit Covid-19 berisiko rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIAS (dua dari kanan) berbual mesra dengan pesakit positif Covid-19 di PKRC di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Individu dari zon merah merupkaan penyumbang tertinggi kes positif Covid-19 di Terengganu iaitu 73.6 peratus daripada 216 kes direkodkan sejak 7 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, semua kes itu dikesan daripada saringan sukarela yang dilakukan oleh individu yang merentas negeri ini dari zon merah di seluruh negara.

Beliau berkata, keadaan itu amat membimbangkan kerana dua digit kes harian positif Covid-19 pernah direkodkan sejak kebenaran merentas negeri diumumkan awal Disember lalu.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri Terengganu ambil inisiatif mengaktifkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) pertama di Terengganu iaitu di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) (ILKKM) Kuala Terengganu di sini sejak semalam.

“Setakat hari ini, seramai enam orang telah ditempatkan di ILKKM yang terdiri daripada pesakit Covid-19 berisiko rendah di bawah pengoperasian Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya ketika meninjau operasi PKRC ILKKM di sini hari ini.

Alias berkata, pembukaan PKRC itu sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi isu peningkatan kes positif Covid-19 di negeri ini.

Jelas beliau, mereka yang positif dan berisiko rendah seperti tiada penyakit kronik dan sebagainya akan ditempatkan di PKRC manakala yang lain pula akan dirawat di HSNZ dan Hospital Hulu Terengganu (HHT). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI