fbpx

Maut kereta bertembung pacuan empat roda 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN Perodua Kancil yang dipandu mangsa remuk selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di selekoh Jalan Salak/Sepang awal pagi, tadi.

SEPANG – Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di selekoh Jalan Salak/Sepang awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berbangsa Cina berusia 37 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Kancil mengalami kecederaan parah pada bahagian badan serta kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan berkata, kemalangan berhampiran kuil India itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu kenderaan jenis Perodua Kancil, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan juga sebuah motosikal jenis Yamaha.

Menurut beliau, siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebelum kejadian berlaku mangsa yang memandu Perodua Kancil sedang dalam perjalanan dari arah Sepang menghala ke Salak.

“Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda dan penunggang motosikal  masing-masing dari arah Salak menghala ke Sepang.

“Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, salah sebuah kenderaan iaitu di antara kenderaan mangsa dan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki Cina tidak dapat dikawal lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung.

“Tidak lama kemudian datang sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki Melayu dari arah Salak dan tidak sempat mengelak kenderaan mangsa yang tersadai melintang di laluannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Md. Noor Aehwan berkata, penunggang motosikal berkenaan terlanggar bahagian belakang bucu sebelah kanan kenderaan mangsa sebelum terbabas ke bahu jalan arah bertentangan.

Katanya, kes akan siasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI