fbpx

Lagi wanita diperdaya kenalan Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Seorang peniaga di sini kerugian RM5,500 sejurus membayar kos pengangkutan ke atas barang dikirim kenalan Facebook yang baharu dikenalinya.

Kejadian bermula selepas wanita berusia 26 tahun itu berkenalan dengan lelaki bernama Chris Wang melalui laman sosial tersebut pada 29 Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berkenaan menghantar barang kepada mangsa yang berupa hadiah tanda persahabatan.

“Pada 7 Januari lalu, mangsa dihubungi individu yang memperkenalkan diri dari pihak kastam dan meminta wanita itu membayar kos pengangkutan barang.

“Tanpa sebarang syak, mangsa membuat bayaran kepada akaun milik seorang wanita pada keesokan hari,” kata beliau melalui kenyataan hari ini.

Mohd. Wazir menambah, individu yang sama sekali lagi telah menghubungi mangsa pada 9 Januari dan meminta bayaran pengesahan anti penyelewengan wang kepada kastam.

“Mangsa mula berasa sangsi dan tidak melakukan bayaran dan terus membuat laporan polis kerana berasa tertipu,” katanya.

Laporan dibuat mangsa di Balai Polis Jaya Gading di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI