fbpx

Hanya lima daerah di Semenanjung kekal zon hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRAFIK yang dikongsi KKM mengenai keadaan di Semenanjung Malaysia.

PUTRAJAYA – Hanya lima daerah di Semenanjung yang masih kekal zon hijau berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah-daerah di Malaysia bagi tempoh 27 Disember lalu hingga semalam.

Daerah berkenaan adalah Langkawi (Kedah); Jeli (Kelantan), Hulu Terengganu (Terengganu), Jerantut dan Lipis di Pahang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, pengkelasan zon hijau diberikan apabila tiada kes Covid-19 dilaporkan di daerah itu.

Menurutnya, pengkelasan itu dibuat berdasarkan taburan 28,646 kes positif Covid-19, setakat semalam.

“Virus sudah berada dlm komuniti. Hadkan pergerakan dan elak berada di tempat sesak, sempit, sembang dekat,” katanya.

Setakat semalam, lima negeri diletakkan dalam zon merah apabila semua daerah di negeri itu mempunyai kes positif iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang dan Labuan.

Selangor mempunyai kes aktif positif paling tinggi iaitu 10,106 kes diikuti Johor (4,987), Sabah (4,372), Kuala Lumpur (3,405), Pulau Pinang.(1,592) dan Negeri Sembilan (1,312).

Bagi daerah pula, Klang, Selangor merekodkan 4,091 kes positif diikuti Hulu Langat (2,009), Johor Bahru (1,762), Muar (1,610), Petaling (1,533), Lembah Pantai (1,354) dan Kulai (836), Seremban (781) dan Gombak (781).

Bagi Sarawak pula, 23 daerah kekal zon hijau manakala, satu daerah zon jingga dan tujuh zon kuning.

Di Sabah pula, 21 daerah berada dalam zon merah, tiga zon kuning dan tiga zon jingga.

KKM menetapkan tiada kes bagi zon hijau, zon kuning (1 hingga 20 kes), zon jingga (21 hingga 40 kes) dan zon merah (41 kes ke atas). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI