fbpx
NORSHAHRULantara nama besar yang memantapkan Sarawak Unted musim depan.

Sarawak United tak dabik dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Sarawak United enggan dilabel sebagai pilihan untuk menjuarai saingan Liga Premier musim ini meskipun berjaya menandatangani beberapa pemain bertaraf bintang Liga Malaysia (Liga M) pada jendela perpindahan ketika ini.

Sebagai rekod, Sarawak United sebelum ini berjaya mengesahkan kehadiran penyerang senior skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha yang berkelana bersama kelab Thailand, Bangkok Glass tahun lalu.

Malah, kelab ini juga mendapatkan khidmat dua bekas import Selangor, Sandro Da Silva dan Taylor Regan selain pemain dari Korea Selatan, Lee Chang-hoon.

Namun, ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan tidak mahu kehadiran nama-nama besar Liga M itu meletakkan pasukannya dalam tekanan selain percaya peluang untuk merebut kejuaraan musim ini sangat terbuka.

“Sememangnya saya amat berpuas hati dengan persiapan pasukan bagi hadapi musim depan kerana penambahan ramai berpengalaman malah ada antara mereka yang saya pernah bekerja sebelum ini.

“Di atas kertas, kami sudah ada pasukan yang berkualiti di setiap posisi selain kehadiran pemain import yang berpe­ngalaman diharap akan banyak berikan kekuatan tambahan kepada pasukan.

“Mungkin ramai melihat Sarawak United selain Negeri Sembilan antara dua pasukan pilihan utama (untuk bergelar juara Liga Premier), namun saya percaya persiapan pasukan lain tidak kurang hebatnya.

“Justeru, saya anggap saingan musim ini sangat terbuka dengan keupayaan pasukan seperti Kuching City, Kelantan, Kelantan United dan PDRM yang turut mahukan slot ke Liga Super pada 2022,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Elavarasan yang membimbing Sarawak United pada musim lalu sekadar membawa pasukan itu di tangga ke-10 Liga Premier sekali gus terlepas peluang bermain dalam kancah Piala Malaysia.

POPULAR