fbpx

Pilihan raya dalam masa terdekat undang risiko kesihatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum dalam tempoh terdekat sebagai satu pendirian yang tidak bertanggungjawab.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, perkara itu bukan sahaja mencetus kebimbangan rakyat sebaliknya boleh mengundang risiko lebih tinggi kepada penularan wabak Covid-19.

“Sebagai menteri, saya melihat kepada data-data jangkitan dan saya tahu bahawa sekiranya kita adakan pilihan raya, ini akan mengundang risiko yang tinggi kepada kesihatan awam,” katanya pada sidang akhbar hari ini selepas merasmikan Malaysia Grand Challenge di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa akar umbi UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pilihan raya dalam masa terdekat.

Khairy Jamaluddin berkata, bukan sahaja akar umbi yang tidak setuju sebaliknya rata-rata rakyat juga menyifatkan kini bukan masa sesuai untuk diadakan pilihan raya tatkala negara sedang berjuang memerangi Covid-19.

Beliau berkata, dalam konteks Malaysia, adalah tidak sesuai untuk membandingkan pelaksanaan pilihan raya dalam tempoh wabak seperti dilaksanakan di New Zealand dan Singapura.

“Saya rasa kita tidak boleh adakan perbandingan dengan negara-negara tersebut kerana skala mereka lebih kecil daripada kita.

“Dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pula, kita terbukti tidak mematuhi SOP terutama ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini khususnya dalam kalangan ahli politik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI