fbpx

DAP kekal kerjasama dengan BN selepas PRU16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAP sedia meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekali gus memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan sedia ada.

PUTRAJAYA – DAP sedia meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekali gus memperkukuh kedudukan Kerajaan Perpaduan sedia ada.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau berharap kerjasama itu akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, buat masa ini, DAP menerusi Pakatan Harapan (PH) sudah menjalinkan kerjasama dengan BN.

“Kita sudah bekerjasama dengan BN. Sekarang kita dalam Kerajaan Perpaduan dan memang kita sedang bekerjasama dengan ikhlas serta jujur.

“Malah, setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan juga kena berusaha seikhlas-ikhlasnya.

“Kita mengambil iktibar dan nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong yang menyarankan supaya kita mengurangkan ‘politiking’ dan fokus usaha bangunkan negara,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI