fbpx

Wani Kayrie, Afieq Shazwan berbaik semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANI KAYRIE dan Afieq Shazwan.

SEKITAR pertengahan tahun lalu, kecoh Mizz Lahar dengar tentang hubungan Wani Kayrie dan Afieq Shazwan yang dikatakan dingin.

Tiba-tiba baru-baru ini ternampak video dua penyanyi yang pernah dikatakan bercinta itu menari dalam aplikasi TikTok.

Dahulu kata dingin, sekarang menari bersama pula. Hati Mizz Lahar terus terdetik rasa syukur kerana ­akhirnya mereka sudah berbaik.

Iyalah, industri seni tanah air tidaklah besar mana. Kalau bergaduh dan bermasam muka, esok lusa akan berselisih bahu juga.

Baguslah sudah berbaik tetapi tidak dapat dipastikan sama ada jalinan cinta antara mereka terjalin semula atau hanya sekadar kawan.

Dalam ruangan komen Instagram masing-masing, ramai juga yang menghantar emoji berbentuk hati seperti merestui hubungan mereka terjalin semula.

Ramai yang sudah mendoakan, jika benar cinta berputik semula, baguslah. Tetapi sekiranya hanya sekadar kawan, harap tidak lagi bermasam muka.

MIZZ LAHAR: Peminat sudah tidak sabar untuk menonton vi­deo muzik Takhta Cinta nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan dilancarkan esok. Mesti kualitinya setaraf vi­deo muzik terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI