fbpx

Bukti Cinta cabar kemampuan vokal Wanie Ooi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANIE OOI

PENDATANG baharu dalam industri seni muzik tanah air, Wanie Ooi berbangga dengan kemunculan single pertamanya berjudul Bukti Cinta bersama Alternate Records & Talents.

Menerusi Bukti Cinta, lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Saleh itu berjaya menonjolkan sisi sebenar vokal Wanie yang juga pemenang tempat kedua pertandingan Lagu Cinta Kita, berpasangan dengan Hariz Fayahet.

Ujar pemilik nama lengkap Norwani Abdul Latif Ooi itu, lirik lagu Bukti Cinta mengisahkan perasaan setia dan cinta yang tidak berbelah bahagi oleh pasangan kekasih.

“Muzik dan lirik Bukti Cinta sangat mendayu-dayu serta membawa maksud mendalam tentang ikatan percintaan antara kekasih.

“Lebih membanggakan apabila Bukti Cinta ini turut menjadi runut (OST) untuk drama Tarik Aku Ke Syurga di slot Samarinda yang dibintangi pelakon Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Lisdawati dan Keith Foo.

Kata Wanie lagi, lagu Bukti Cinta memberikan cabaran besar kepada dirinya kerana menuntut kekuatan vokal yang baik.

“Sejujurnya lagu Bukti Cinta ini bukan mudah untuk dinyanyikan kerana mencabar vokal saya.

“Bagaimanapun, demi peminat selain daripada minat sendiri, saya akan berikan yang terbaik untuk menjiwai lagu Bukti Cinta,” katanya.

Pada masa sama, Wanie turut menyimpan impian agar kemunculannya dalam industri dapat diterima baik masyarakat.

Secara realiti, Wanie bukanlah seorang pendatang baharu dalam industri muzik tanah air selepas dia sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian termasuk program realiti.

Bahkan, Wanie juga pernah bersama dengan sebuah kumpulan muzik untuk sebuah projek khas, namun memilih untuk bergerak secara solo demi keselesaan.
Wanie juga popular dalam kalangan Tik Tok Creators dan memiliki pengikut lebih 500,000.

Sejajar dengan trend masa terkini, Wanie banyak menghabiskan masa dengan memuat naik video di Tik Tok untuk mengekalkan popularitinya. Single Bukti Cinta kini boleh didengari di semua saluran digital bermula 17 Jun 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI