fbpx

Sumbangan banjir, Sharifah Shahira pilih pakaian dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharifah Shahira

PETALING JAYA – Simpati dengan nasib mangsa banjir di Pahang, selebriti versatil, Sharifah Shahira tampil menghulurkan bantuan pakaian kepada mereka yang memerlukan.

Menariknya, juruhebah radio Suria FM itu turut meluangkan masa membeli pakaian dalam wanita untuk mangsa banjir yang memerlukan.

Antara barangan keperluan yang disumbang kepada mangsa banjir di Pahang.

Usaha murni berkenaan dikongsinya dalam satu muat naik InstaStorynya yang memaparkan dia sedang memilih pakaian dalam wanita untuk mangsa banjir.

“Saya cakap terus-terang ya, seluar dan baju dalam baharu saya perlu dibeli sebab sangat diperlukan oleh mereka.

“Saiz,?nasiblah main beli ni, saya faham sangat sebab benda dah terdesak nak pakai. Saya derma benda lain daripada yang lain sebab itu pun penting,” tulisnya.

Tambahnya, dia membeli kesemua barangan tersebut menggunakan duit sumbangan yang disalurkan orang ramai kepadanya.

“Ini pun saya campur-campur duit anda semua beri untuk beli air minuman dan pakaian dalam.

“Kalau nak gelakkan, silakan tetapi benda ini sebenarnya sangat penting,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga turut menerima sumbangan pakaian terpakai untuk dewasa dan kanak-kanak daripada beberapa pihak untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Terdahulu, Shahira turut mengagihkan sumbangan air minuman kepada mangsa banjir di tiga buah daerah di Pahang iaitu Raub, Benta dan Kuala Lipis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI