fbpx

Pemain negara mula turun jalani latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD badminton negara mula turun menjalani latihan selepas disahkan bebas daripada Covid-19 menjelang kejohanan Terbuka Thailand yang bermula 12 Januari ini.

SELEPAS disahkan negatif daripada virus Covid-19, skuad badminton negara mula turun menjalani latihan menjelang kejohanan Terbuka Thailand di Bangkok bermula 12 hingga 17 Januari ini.

Setakat ini, semua pemain menerima layanan yang sangat baik daripada pihak pengan­jur termasuk dari segi pengangkutan khas bagi memudah­kan mereka ke venue pertandingan.

Sebelum ini, pemain beregu campuran negara, Shevon Lai berkata, ketika tiba di Bangkok, mereka hanya dibenarkan menjalani latihan ringan bersendirian di bilik hotel.

Pihak penganjur terpaksa mengambil pendekatan sedemikian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini sebelum mendapat keputusan ujian calitan setiap pemain.

“Sebaik menerima keputusan ujian calitan Covid-19, barulah semua pemain dibenarkan menjalani latihan dan dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pagi di dalam gelanggang manakala petang untuk gimnasium.

“Kami perlu bersiap sedia seawal pukul 6.20 pagi untuk menaiki bas bagi menjalani latihan di dalam gelanggang. Semuanya berjalan dengan baik dan saya puji peranan penganjur di sini,” kata Shevon.

Walaupun dibenarkan menjalani latihan di dalam gelanggang, namun semua pemain diminta mematuhi penjarakan fizikal ketika memanaskan badan bagi mengelak penula­ran Covid-19.

Pemain-pemain badminton negara dijangka berada di Bangkok sehingga hujung bulan ini bagi menyertai tiga kejohanan termasuk dua aksi Terbuka Thailand dan Jelajah Dunia Akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI