fbpx

MTPN rekod 51 aduan babitkan kos kerugian RM313,028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gavin Voon .

PUTRAJAYA – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Selangor merekodkan 51 kes aduan membabitkan kerugian kira-kira RM313,028 sepanjang tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu.

Yang di-Pertua MTPN Negeri Selangor, Datuk Dr. Gavin Voon berkata, pihaknya telah menyelesaikan 51 kes manakala tujuh kes lagi masih dalam siasatan dan perundingan.

Katanya, daripada jumlah berkenaan 19 kes aduan direkodkan melalui kehadiran pengadu manakala 32 kes pula melalui Facebook.

“Jumlah kerugian yang direkodkan bagi 51 kes ialah sebanyak RM313,028.25 dan satu kes membabitkan kematian masih dalam tindakan mahkamah,” jelasnya ketika berucap pada majlis Perasmian Pejabat Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan Pengarah KPDNHEP, Muhammad Zikril Azan Abdullah yang turut dilantik sebagai Ahli Penasihat Kehormat MTPN Negeri Selangor.

Beliau berkata, 19 aduan yang diterima daripada pengadu yang hadir sendiri ke pejabat merangkumi agensi pembantu rumah (enam kes), salon kecantikan (tujuh kes), pembelian dalam talian (tiga kes) dan masing-masing satu kes melibatkan agensi televisyen litar tertutup, klinik kecantikan dan syarikat logistik.

“Melalui khidmat pesanan pula, MTPN menerima 32 aduan membabitkan salon kecantikan (32 kes), barangan online (lima kes), agensi pembantu rumah (tiga kes), klinik kecantikan, logistik dan ubah suai rumah (dua kes) manakala kereta sewa, feng sui, barangan elektronik, klinik gigi, sijil palsu masing-masing satu kes,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI