fbpx

Anggota bomba mencukupi laksana misi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan (kanan) meninjau keadaan banjir ketika lawatan ke Kota Tinggi, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempunyai keanggotaan yang mencukupi bagi menangani bencana banjir yang melanda 20 buah daerah di enam buah negeri ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, JBPM mempunyai seramai 12,500 kakitangan melibatkan 320 balai di seluruh negara.

Katanya, sekiranya jumlah sedia ada itu tidak mencukupi, kita akan menggerakkan anggota daripada negeri yang tidak terjejas antaranya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah ke negeri terjejas seperti Pahang, Terengganu dan Johor.

“Kita percaya keanggotaan seramai 12,500 adalah cukup ramai dan cukup keanggotaan bagi menangani serta mengendalikan kes yang berlaku kerana hanya melibatkan enam negeri.

“Strategi kita juga, sekiranya asset dan sumber manusia di negeri terjejas tidak mencukupi, kita akan menggerakkan negeri lain yang tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika membuat lawatan kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, di sini hari ini.

Setakat ini, seramai 36, 424 mangsa daripada 9,620 keluarga dipindahkan ke 410 pusat pemindahan sementara di 20 daerah melibatkan enam negeri terjejas setakat ini.

Mohammad Hamdan berkata, JBPM mempunyai sebanyak 250-280 aset darat, 450 aset marin serta lima helikopter di seluruh negara bagi tujuan perpindahan mangsa banjir.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI