fbpx

Son Ye-jin bahagia tetapi kekok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON YE-JIN

PENGESAHAN percintaan pasangan serasi dambaan ramai iaitu aktor Hyun Bin dan aktres Son Ye-jin pada permulaan tahun 2021 sememangnya mencetuskan perasaan teruja peminat.
Selepas berita tersebut tersebar selain sohor kini dalam media sosial seperti Twitter, Ye-jin kemudian tampil menerusi Instagram menulis luahan hatinya.

“Ini tahun baharu. Tampil di hadapan anda semua dengan kisah peribadi mendahului perihal kerjaya buat pertama kalinya membuatkan saya berasa malu.

“Tetapi ya, itulah yang terjadi. Saya tidak pasti apa yang harus dikatakan tetapi saya fikir, perlu untuk luahkannya.

“Saya berasa kekok dan pelik. Tetapi saya berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang baik dan akan memastikan hubungan ini dijaga dengan baik,” tulisnya berbunga bahagia.

Pada masa sama, aktres berusia 39 tahun itu berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.
Ye-jin dan Hyun Bin yang tampil sebagai pasangan kekasih dalam drama popular Crash Landing On You dilaporkan bercinta sejak lapan bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI