fbpx

Mini Stadium Ffira Mikah kini Mini Stadium Padang Terap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mini Stadium Ffira Mikah diganti dengan nama Mini Stadium Padang Terap.

JITRA – Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk menggunakan nama Mini Stadium Padang Terap sebagai ganti kepada Mini Stadium Ffira Mikah di Kuala Nerang dekat sini yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Exco yang berlangsung di Pejabat Daerah Kubang Pasu semalam.

“Pegawai daerah yang terlibat juga telah ditukarkan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

“Itu proses pertukaran biasa di bawah pentadbiran negeri, semua itu berada di bawah kuasa prerogatif Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI