fbpx
Kawasan mayat mangsa ditemukan di Sungai Puas dekat Kampung Gintong hari ini.

Mayat pelajar UMP ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Mayat pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ukai Iskandar Zulkarnain,23, yang hilang dibawa arus di Kampung Gintong di sini kelmarin ditemukan pagi tadi.

Komander Operasi Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Rosdi Mustafa berkata, mayat mangsa ditemukan pada pukul 9 pagi oleh pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna tersangkut pada pokok kira-kira lima meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital,”katanya di sini, hari ini.

Kelmarin seorang kakitangan Pejabat Hutan Jerantut, Zulkarnain Hitam,58, menjadi korban pertama banjir selepas lemas apabila dihanyutkan air ketika meredah banjir di Kampung Gintong di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu mangsa bersama tiga orang anaknya berjalan meredah banjir ke sebuah rumah di Kampung Sokti di sini.

Bagaimanapun apabila tiba di tempat kejadian mangsa dan anaknya dihanyutkan arus deras sebelum dia ditemukan oleh dua anaknya tidak lama kemudian manakala seorang lagi anaknya hilang dibawa arus.-K!ONLINE

POPULAR