fbpx
Roslee (dua dari kanan) memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota polis di Kemaman hari ini.

ASP kena buang kerja di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seramai 130 pegawai dan anggota polis di kontinjen Terengganu telah dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, ia melibatkan 12 pegawai kanan, 112 anggota berpangkat rendah dan enam pegawai awam.

Beliau berkata, lima daripada anggota dan pegawai polis berkenaan termasuk seorang berpangkat Asisten Superintendan (ASP) terpaksa dibuang kerja setelah siasatan tatatertib menyabitkan kesalahan mereka.

“Seramai 17 orang pula menjalani hukuman tahan kerja manakala sembilan lagi dikenakan hukuman pergantungan kerja sepanjang tahun 2020.

“Mereka dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan termasuk melakukan jenayah,” katanya selepas majlis penyampaian pangkat anggota polis di sini hari ini.

Roslee berkata, antara jenayah paling serius seramai 11 daripada mereka disiasat atas kesalahan dadah.

“Tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran salah laku pegawai dan anggota polis kerana ia mencemarkan imej badan keselamatan tersebut,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR